Thursday, February 28, 2013

....Mulakan hari yang baru...

Setelah berlalu sebuah episod yang sepi.. Kini aku kembali tanpa apa-apa janji untuk dikotakan. Aku hanya ingin mengisi beberapa jengkal ruang yang ada di dunia 3D ini. Siapalah aku. Aku tanpa nama di kaki bukit 3D yang mendongak itu.Bersastera lagi aku....

Kerja-kerja lama aku.Aku tidak buat duit dengan benda-benda ni.Ini sekadar hobi sahaja. Ada masa lapang, buat 3D.

Dulu, masa muda-muda dulu aku selalu guna gajet ni dengan gitar karen aku. Sekarang dah jadi 3D.
Model kat atas itu diilhamkan daripada sebuah foto yang aku jumpa kat internet iaitu pintu yang ada curve tu.


Wednesday, February 27, 2013

Logamaya

...di arena itu...
bulat tidak membendung
pipih tidak melayang
kuat tidak meneguh
lemah enggan menunduk.....
mata enggan terpejam
melihat tidak memandang
tahu dan bisu
memandang tapi tidak melihat
jahil berkata-kata.....
Si Tuan itu
milik sejuta dusta
menghambur kata yang masam
mahu dikatakan manis
batu jadi permata
yang jernih namun menyambar mata...
membakar hati merusak minda
segala....

...Entah dari mana aku dapat ilham buat blog ini dan mula menulis sepertilah aku ini seorang yang puitis...
Ia spontan sahaja selepas aku daftar blog terokailmu ini.Barangkali disebabkan namanya lalu aku menjadi begitu bersastera...apa janggalkah begitu?