Efek HDR yang dibuat dengan Photoshop plugin.
Teknik hdr(High Dynamic Range) untuk menjadikan gambar atau foto kepada gambar berefek HDR semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat jurugambar .Mungkin bunyinya aneh bagi sesiapa yang belum pernah menggunakan efek ini sebelum ini.Artikel ini akan cuba memberi serba sedikit informasi mengenai fotografi HDR ini.
Teknik hdr ini berfungsi untuk mengimbangi antara kecerahan dan kegelapan yang terdapat dalam foto atau gambar seterusnya dapat menambahkan detail pada foto yang diambil.Ia bukan sahaja mengimbangi kecerahan gambar atau foto tetapi juga dapat menimbulkan efek lain seperti efek dramatik,grunge dan efek seperti lukisan(artistic HDR) yang menyebabkan efek HDR ini begitu popular.Tetapi apakah sebenarnya fungi HDR ini?
Sebagaimana yang telah dinyatakan,kegunaan HDR ini kelihatan pelbagai.Dari fungsi realistik kepada bukan realistik!Jadi,yang mana satukah fungsi sebenar HDR ?Perkara ini akan cuba dibincangkan dengan lebih mendalam selepas ini.Sebelum itu,cuba perhatikan beberapa contoh foto di bawah.
Gambar foto di bawah ialah contoh efek hdr.
1. Sebelum
2. Selepas
3. HDR efek ekstrim
Dalam imej ke dua kontras dan keperincian(detail) lebih menyerlah kesan daripada efek HDR.
Imej ke 3 pula kelihatan lebih ekstrim walaupun warna dan kontras hampir sama.
Imej ke 3 ialah efek HDR yang banyak terdapat di internet.Jika efek yang ekstrim ini
paling diminati,adakah ianya merupakan standard efek HDR yang sebenar,yang
dikatakan "photo realistic" selama ini?
Sila klik pada gambar untuk resolusi lebih besar
Semua persoalan di atas akan terjawab dalam perbincangan akan datang,insyaAllah.
Di bawah ini ada beberapa contoh lagi efek HDR
4a. Sebelum
Dalam gambar ini (4b)jelas kelihatan kekuatan efek HDR ini yang dapat memberikan
pencahayaan yang cukup kepada imej yang sebelumnya dalam keadaan
gelap.
Efek Foto HDR Bahagian ke 2
Apakah HDR
Sebagaimana dinyatakan sebelum ini,HDRi mengandungi nilai cahaya yang tinggi melalui beberapa pendedahan cahaya(exposures) yang berbeza yang digabungkan dalam satu gambar.Bermakna dalam satu imej atau foto HDRi sebenarnya mengandungi beberapa keping gambar yang telah digabungkan menjadi satu.
Apabila kita mengambil gambar,tidak semua nilai cahaya yang ada dapat ditangkap(captured)oleh kamera terutama bila kita berhadapan dengan sumber cahaya seperti matahari atau lampu.Ini menyebabkan,samada langit/awan menjadi terlalu cerah atau terlalu gelap semasa mengambil gambar pemandangan atau penggambaran di luar rumah.Dalam bab ini,mata manusia dapat melihat lebih tepat kecerahan di persekitaran mereka berbanding dengan apa yang dapat 'dilihat' oleh kamera.Untuk mengatasi perbezaan kecerahan yang tidak seimbang inilah maka HDR digunakan supaya bahagian yang terlebih cerah dengan bahagian yang terlebih gelap dapat diseimbangkan.Teknik HDR dilakukan dengan mangambil beberapa siri gambar pada kecerahan yang berbeza.Biasanya dengan penetapan exposure -2,0,+2 EV(akan dibincangkan dalam tajuk cara-cara membuat efek HDR)
Kegunaan HDR
Dalam bidang fotografi, HDR digunakan untuk menyeimbangkan jumlah cahaya dan bayang dalam sesebuah gambar atau foto.Dalam bidang 3D pula kegunannya agak berbeza iaitu untuk pencahayaan scene semasa render atau untuk menghasilkan refleksi.Kita tinggalkan dahulu kesah HDR dalam 3D sebaliknya memberi tumpuan kepada HDR dalam bidang fotografi.
Apakah kegunaan efek HDR dalam fotografi hanya untuk menyeimbangkan kadar cahaya dalam sesebuah gambar atau foto?Bagaimana dengan efek-efek lain HDR seperti dramatik,vivid,fantasi,grunge dan lain-lain lagi?Sebenarnya ramai yang berpendapat bahawa fungsi efek HDR tidak terbatas.Tidak kurang juga yang mengatakan efek HDR tidak sepatutnya disalahgunakan sehingga menjadikan gambar atau foto hilang keasliannya.Namun,ia terserah kepada tujuan pengguna itu sendiri.Cuma,mengenakan efek HDR yang berlebihan kepada foto atau imej akan menyebabkan foto tersebut kurang nilai foto realistiknya.
...Bersambung ke cara-cara menghasilkan efek HDR......
Sebelum itu,lihat dahulu gambar efek HDR seterusnya...