Assalamualaikum,kita masih di dalam bulan mulia bulan Ramadhan.Bulan ibadat.Walaupun kita berpuasa tetapi tugas dan tanggung jawab tetap dilaksanakan seperti biasa.Syabas kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
Hari ini apa yang hendak dinyatakan kepada para pengunjung blog terokailmu ini ialah kemunculan tutorial 3DS Max di terokailmu.blogspot.com.Apa yang istimewa tentang tutorial 3ds max?Apa istimewanya 3ds max?
Untuk menjawab persoalan ini,marilah kita mengenali software 3ds max ini dengan lebih dekat.Kata orang kalau tak kenal maka tak cinta,kalau tak kenal macamana hendak tahu kehebatannya.
3ds Max ialah perisian grafik 3d yang digunakan untuk membuat model 3D dan animasi 3D.Anda tentu mengenali karekter Upin dan Ipin.Siri animasi itu ialah contoh penggunaan software 3D seperti 3ds max ini.3ds max atau nama penuhnya 3D Studio Max digunakan oleh ramai pengguna di seluruh dunia.Ia digunakan secara meluas dalam bidang pembuatan produk ,rekabentuk konsep,game,filem,pengiklanan,animasi dan juga kompositing(composition).
Satu perkara yang meggerunkan tentang perisian 3d yang tersohor ini iaitu amat jarang tutorial mengenai 3ds max ini ditulis dalam Bahasa Melayu.Rata-rata artikel atau panduan penggunaan 3ds max ini hanya ditulis dalam Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain bukannya dalam Bahasa Melayu.
Akan tetapi, pengunjung terokailmu ini dikira bertuah kerana laman blog ini mengutarakan tutorial atau panduan penggunaan 3ds max di dalam Bahasa Melayu!
Kegemilangan Kraton
1 day ago
0 comments:
Post a Comment